FLORAL MAKE UP (CAMPING)

 

PENGENALAN

Floral Make up merupakan solekan hasil gambaran bunga yang perlu dihasilkan oleh jurusolek kepada wajah pelanggan. Teknik yang dilakukan adalah teknik face paint iaitu dengan menggunakan berus dan juga pewarna yang bersesuaian mengikut jenis kulit untuk menghasilkan gambaran solekan yang bersesuaian dengan tema yang diberikan.

Tema solekan yang diberikan ialah bertepatan dengan keadaan persekitaran yang berhampiran dengan air terjun dan mempunyai tumbuhan hijau yang amat amat menikkan lagi gambaran terhadap solekan yang hendak dilakarkan.

Solekan ini amat mudah dilakukan jika bertepatan dengan teknik dan kreativiti yang hendak disampaikan. Oleh itu saya menggunakan eyeshadow berwarna merah dikombinasikan dengan menggunakan warna hijau agar menaikkan lagi seri solekan yang hendak saya sampaikan. Penggunaan eyeliner yang agak sedikit tebal menjadikan mata lebih bold dan menampakkan lagi aksi garang dengan apa yang hendak disampaikan. Tema bunga sakura amat sesuai dijadikan pilihan oleh sebab campuran kreativiti dengan unsur hutan amat memberi sentuhan yang terbaik pada akhir solekan. Lipstik berwarna nude digunkan agar bersesuian dengan tema floral yang hendak disampaikan.



SEBELUM





SELEPAS









KESIMPULAN

Kesimpulannya, Solekan Floral make up  ini amat baik hasilnya jika dihasilkan dengan kreativiti dan ilmu yang baik, Kaedah yang teliti dapat menghasilkan solekan khas dengan watak yang sama seperti yang di lihat di kaca filem.

Oleh itu, solekan ini amat mudah dihasilkan hanya dengan penggunaan Foundation eyeshadow, glitter, lipstick, face paint dan barangan lainnya amat membantu dalam menghasilkan hasil seperti yang jurusolek perlukan.

Solekan Floral make up ini tidak hanya bunga-buangaan sahaja dan boleh jadi ianya menggambarkan watak penceritaan tetapi untuk menghasilkannnya amatlah mudah jika dilakukan dengan minat dan kesempurnaan pasti dapat dilihat dari kesan akhir solekan.

Untuk menghasilkan solekan ini tidaklah mengambil masa yang lama jika dilakukan dengan teknik dan kepantasan jurusolek dengan kaedah yang baik . Oleh itu pastinya masyarakat amat menggemari solekan Floral make up  ini untuk menghasilkan watak seperti yang mereka mahukan.

Comments

Popular posts from this blog

6/03/23 LUKISAN LATIH TUBI FLORAL BRUSH STROKE

15/5/23 MAKE UP KEMALANGAN