15/5/23 MAKE UP KEMALANGAN
PENGENALAN Solekan kemalangan ini boleh disama ertikan seperti solekan kesan khas Khasnya digunakan untuk lakonan terutamanya, Teater, Pentas, High fashion dan filem. Ianya amat berbeza dari make up biasa. Make up SFX pada wajah contohnya seperti Melecur, luka parah, kemalangan, makhluk, karakter, dan seni badan. SFX perlu nampak realistik sehingga dapat menjadikan satu solekan yang kelihatan ‘ Real’ dan hidup. Solekan khas seperti kemalangan yang dibuat sepatutnya mampu mengubah atau menukar wajah seseorang itu kepada sesuatu yang berlainan dengan rupa yang asal. Bahan SFX perlu bersesuaian dengan orang yang akan disolek kerana sesetengah orang mempunyai kulit yang sensitif. Permulaan solekan dimulakan dengan penggunaan pelembap pada wajah pelanggan seterusnya dengan penggunaan tisu, putih telur, Latex glue , stripple sponge, Face paint pallete, Wax, Soft putty, setting spray. Solekan ini amat mudah dilakukan jika kita tahu kaedah asas yang perlu dilakuk...