FLORAL MAKE UP (CAMPING)
PENGENALAN Floral Make up merupakan solekan hasil gambaran bunga yang perlu dihasilkan oleh jurusolek kepada wajah pelanggan. Teknik yang dilakukan adalah teknik face paint iaitu dengan menggunakan berus dan juga pewarna yang bersesuaian mengikut jenis kulit untuk menghasilkan gambaran solekan yang bersesuaian dengan tema yang diberikan. Tema solekan yang diberikan ialah bertepatan dengan keadaan persekitaran yang berhampiran dengan air terjun dan mempunyai tumbuhan hijau yang amat amat menikkan lagi gambaran terhadap solekan yang hendak dilakarkan. Solekan ini amat mudah dilakukan jika bertepatan dengan teknik dan kreativiti yang hendak disampaikan. Oleh itu saya menggunakan eyeshadow berwarna merah dikombinasikan dengan menggunakan warna hijau agar menaikkan lagi seri solekan yang hendak saya sampaikan. Penggunaan eyeliner yang agak sedikit tebal menjadikan mata lebih bold dan menampakkan lagi aksi garang dengan apa yang hendak disampaikan. Tema bunga sakura amat sesuai d...