5/04/23 FLORAL MODEL: NURIN
PENGENALAN Lukisan Floral yang menggabungkan dua warna iaitu biru terang dan putih yang perlu dihasilkan di bersebelahan mata secara asasnya amat mudah untuk dihasilkan. Gabungan campuran warna yang baik pada berus dapat memberikan hasil bunga yang cantik. Berus pula perlulah bersesuaian supaya memudahkan untuk penghasilan kelopak mengikut saiz wajah. Campuran warna warna lain seperti hitam dan putih memberi kesan khas yang amat cantik iaitu bintang yang diwarnakan kepada putih dan lingkaran kelopak bunga yang digayakan menggunakan warna hitam sebagai penyeri bentuk bunga tersebut. Oleh itu, lukisan kelopak bunga ini amat mudah pada dasarnya kerana ianya memerlukan sedikit teknik pada campuran warna dan juga cara memainkan berus sehingga membentuk hasil bunga yang cantik. SEBELUM SELEPAS KESIMPULAN Kesimpulannya, Lukisan floral ini amat mudah dihasilkan, pemilihan warna boleh dibuat mengikut warna kegemaran kanak-kanak tersebut. Penghasilan bunga ini tidak mengambil masa...