6/03/23 LUKISAN LATIH TUBI FLORAL BRUSH STROKE


                                                                      PENGENALAN

Face art flora dan fauna boleh ditakrifkan sebagai solekan dengan teknik lukisan yang dapat menghasilkan ilustrasi gambaran cerita yang mampu difahami masyarakat yang melihatnya.

Gambaran Hasil ini adalah dari kisah di Hutan dimana terdapat pokok, dahan, haiwan seperti burung dan hiasan bunga sakura yang menaikkan lagi seri lukisan. Selain itu solekan mata gelap bewarna coklat dan hitam seperti hasil solekan malam memberi impak yang lebih menakjubkan. Hasil solekan dan lukisan ini bertambah seri apabila ditambah dengan penggunaan glitter pada dahan pokok seolah olah dahan tersebut hidup dan mempunyai kuasa. Gabungan warna hitam pada setiap lukisan memberi gambaran hasil yang hidup dan mempunyai makna.

Akhir sekali, Lukisan ini juga amat tahan diatas permukaan kulit oleh sebab teknik dan cara solekan yang amat jitu, seperti penggunaan prep wajah yang baik dan menggunakan setiap teknik untuk menghasilkan dinamik lukisan dengan tekun dan terperinci. Jelaslah hasil solekan Face art flora dan fauna ini memberi makna yang dapat difahami oleh mereka yang melihatnya, juga disukai oleh kanak-kanak terutamanya dan ianya sesuai untuk dibawa ke majlis karakter watak-watak khas.







                                                              SEBELUM

 


 

                                                                                         

                              


                                             




SELEPAS
















KESIMPULAN

Kesimpulannya, Face art flora dan fauna amat sesuai digunakan ketika majlis majlis khas seperti menterjemahkan sesuatu penceritaan atau watak dalam lakonan.

Jurusolek juga boleh mengenakan solekan dan lukisan ini kepada mereka yang masih tercari cari tema untuk majlis mereka maka solekan lukisan mudah ini amat sesuai untuk dijadikan keputusan. Solekan lukisan flora dan fauna ini amat ringan dan tahan lama oleh kerana teknik solekan dan lukisan yang amat teliti oleh itu sudah pasti lukisan ini menjadi pilihan buat mereka yang ingin menggambarkan kesan khas berkaitan flora dan fauna dan ini menjafi pilihan yang terbaik buat mereka.

Oleh itu, Face art flora dan fauna adalah pilihan terbaik untuk melihatkan maksud lukisan yang terbaik dan dapat memperlihatkan wajah seseorang kelihatan anggun dan berseri dengan tambahan penggunaan glitter.









Comments

Popular posts from this blog

15/5/23 MAKE UP KEMALANGAN