FLORAL ERIN 10.4.23

 

PENGENALAN

Lukisan Floral boleh ditakrifkan sebagai solekan dengan teknik yang dapat menghasilkan ilustrasi bunga yang nyata tetapi persamaan yang menghubungkan face paint dan warna yang dapat menghasilkan reka bentuk dan hasil bunga yang dimahukan di wajah seseorang. Warna pada hiasan kelopak bunga amat memain peranan dalam penghasilan sesebuah lukisan. Oleh itu pilihan warna ungu dan putih adalah sesuai untuk menunjukkan elemen penampakkan bunga yang hendak dihasilkan.

Seterusnya, Penambahan elemen dedaun mengisi ruang lukisan dan ianya amat bersesuaian dengan tema floral. Tambahan lukisan bintang dengan hasil calitan putih memberi imak yang lebih jelas terhadap seni penghasilan bunga ini kerana ditambah pula dengan glitter bewarna gold amat amat menaikkan lagi seri lukisan bunga ini.







SEBELUM











SELEPAS









KESIMPULAN

Kesimpulannya, Lukisan floral ini amat bersesuaian dibawa ke majlis kanak kanak atau majlis hari jadi untuk dijadikan lukisan kesukaan pilihan kanak-kanak. Lukisan ini juga tidaklah mengambil masa yang begitu lama dalam menghasilkannya kerana ianya amat amatlah mudah jika menggunakan teknik asas.

Penggunaan warna yang terang amat menaikkan lagi warna bunga dan pemilihan kelopak bunga yang baik dapat memberi hasil yang terbaik pada hasil lukisan ini. Penggunaan warna putih pada tambahan coretan bintang dan bulatan memberi hasil yang penuh dalam penampakkan hasil lukisan floral ini.

Oleh itu penambahan glitter sememangnya menaikkan lagi seri lukisan ini dan hasil lukisan floral ini pastinya disukai oleh kanak-kanak. 


Comments

Popular posts from this blog

6/03/23 LUKISAN LATIH TUBI FLORAL BRUSH STROKE

15/5/23 MAKE UP KEMALANGAN