27/03/23 LATIHAN AMALI FACE PAINT 5 JENIS CORAK LUKISAN
PENGENALAN
Face
painting boleh ditakrifkan sebagai seni lukis seseorang terhadap
sesuatu sama ada flora, fauna, buah-buahan, bendera atau sebagainya. Lukisan
ini juga dapat membentuk sesebuah watak atau karakter yang seringkali diminati
oleh kanak-kanak terutamanya, malahan orang dewasa juga menggemarinya lebih
lagi di waktu World cup terdapat pelbagai contoh face painting, Face
paint selalunya menggunkan bahan warna face paint yang amat mudah
digunakan dan mudah dicuci selepas digunakan.
Hasil
gambaran yang dihasilkan akan lebih cantik jika ditambah glitter untuk menimbulkan
lagi gambaran hasil lukisan. Oleh itu, face paint boleh saja dihasilkan
dengan pelbagai teknik dan cara mengikut watak yang hendak dihasilkan. Untuk
majlis kanak-kanak lebih cantik jika disuaikan dengan lukisan kartun membentuk flora,fauna
karakter yang diminati atau apa saja yang dapat dihasilkan dalam waktu yang
singkat.
GAMBARAN HASIL
KESIMPULAN
Kesimpulannya
face painting amat mudah dihasilkan hanya dengan melakar watak yang senang
dihasilkan dan tidak mengambil masa yang terlalu panjang untuk menghasilkan
sesuatu watak yang digemari kanak-kanak.
Watak
yang membentuk karakter amat dapat sambutan yang tinggi dalam kalangan ibu bapa
lebih-lebih lagi semasa hendak merancang sebarang majlis hari jadi atau apa
saja majlis yang melibatkan kanak-kanak pastinya mendapat sambutan yang tinggi.
Oleh itu, penggunaan warna juga amat memberi impak yang tinggi terhadap
keseronokan kanak-kanak. Karakter kegemaran mereka yang selalu ditonton di kaca
televisyen juga menjadi permintaan yang acap kali keluar dari ingatan mereka.
Oleh
itu, jelaslah dengan tambahan glitter menambahkan lagi kekemasan dan memberi
efek yang lebih menonjol pada hasil akhir lukisan tersebut.







Comments
Post a Comment