27/02/23 LATIH TUBI MENGHASILKAN DUA JENIS KELOPAK BUNGA
PENGENALAN
Lukisan
bunga adalah kaedah asas yang mudah dimana seorang jurusolek perlu
mempelajarinya sebelum pergi ke dasar face art dan kesan khas.
Lukisan
kelopak bunga akan dihasilkan berbeza beza saiz mengikut jenis berus yang
digunakan. Bermula dengan menggunakan dua warna sebagai contoh hijau dan penambahan
warna putih memberi efek yang lebih menonjol pada asas bunga yang dihasilkan.
Setiap
bunga dapat dihasilkan melalui kepelbagaian teknik dan bentuk berus yang
digunakan. Tambahan layer pada asas bunga pertama membentuk hasil 3D pada
hasil kelopak yang akan dihasilkan. Begitu mudah untuk mendapatkan bentuk kelopak
asas ini jika dilukis dengan tekun dan mengikut turutan. Penggunaan warna yang
betul memberi kontra warna yang lebih cantik dan menghidupkan kelopak bunga
tersebut.
PROSES
GAMBARAN HASIL
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Lukisan asas kelopak
bunga ini amat mudah untuk dihasilkan. Pemilihan berus yang bersesuaian
menghasilkan kelopak bunga yang lebih kreatif dan menghidupkan realiti bunga
tersebut.
Kaedah ini boleh digunakan
menggunakan dua teknik iaitu yang pertama dengan menggunakan berus dan hasilkan
melalui lukisan secara dasar dengan geseran hasil warna, Selain itu ianya juga
boleh dihasilkan melalui lukisan yang dilukis dan setelah itu ditambah cairan
warna membentuk lukisan yang dapat memberi makna.
Jelaslah disini lukisan asas
kelopak yang membentuk bunga amat cantik jika dihasilkan dengan menggunakan pemilihan
warna yang bersesuaian dan lebih kreatif lagi jika digabungkan dengan berus
yang berlainan memberi efek hasil bunga yang pelbagai dan memberi makna.






Comments
Post a Comment